03/10/2026
Tengah dok tengok Formula 1 Sepang punya promo...
Tiba-tiba Bang Aji terfikir...
Kenapa nama dia Formula 1?
Sebab pa mesti nombor 1?
Kenapa tak Formula 7?
Formula 23?
Formula X?
Haa yang belakang tu jangan senyum sangat.
Bang Aji nampak dah perangai hangpa.
Jadi Bang Aji pi selongkar sat.
Rupanya perkataan “Formula” tu sendiri memang ada maksud.
Bukan depa letak sebab bunyi canggih.
Dalam motorsport, “Formula” merujuk kepada set peraturan teknikal yang semua kereta dalam kategori tu kena ikut.
Berat ada peraturan.
Saiz ada peraturan.
Enjin atau power unit ada peraturan.
Aerodinamik pun ada peraturan.
Macam FIA bagi satu buku kat engineer:
“Nah.
Buat kereta paling laju hangpa boleh buat.
Tapi jangan keluar pagar ni.”
Engineer tengok buku tu.
Engineer tengok kereta.
Engineer tengok buku balik.
“Dia kata jangan keluar pagar. Dia tak kata tak boleh panjat pagar.”
Haa lebih kurang macam tu la perangai engineering dalam motorsport ni. 😂
Tapi kenapa nombor 1?
Sebab Formula 1 ialah Formula peringkat utama — premier formula dalam hierarki perlumbaan single-seater FIA.
Sebab tu kita kenal Formula 2.
Formula 3.
Dan dalam laluan pembangunan moden, ada juga Formula 4.
“Bang Aji! F4 tu yang Taiwan tu kan? Yang rambut panjang-panjang tu?”
Yang tu F4 Meteor Garden, Rokiah oi.
Bang Aji tengah cerita kereta.
Bukan Jerry Yan.
Hang duduk diam sat. 😑
Dan benda Formula 1 ni bukan depa reka minggu lepas sebab Netflix buat cerita F1 naa.
Selepas Perang Dunia Kedua, peraturan Grand Prix antarabangsa disusun semula.
Formula baharu untuk kategori utama mula digunakan pada 1947.
Kemudian pada 1950, bermulalah Kejohanan Dunia Formula One.
Jadi nama Formula 1 tu sebenarnya lurus bendul ja.
Formula = set peraturan.
1 = formula utama, kelas paling atas.
“Jadi Bang Aji, kalau macam tu boleh la buat Formula 49?”
Boleh.
Hang cari dulu orang nak sanction.
Cari team.
Cari engineer.
Cari driver.
Cari duit.
Terutamanya cari duit.
Sebab motorsport ni bukan hobi yang duit keluar pelan-pelan.
Dia boleh telan duit macam Kak Kiah jumpa buffet Ramadan.
Belum sempat masuk turn pertama…
hang yang DNF dulu.
“DNF tu apa pulak Bang Aji?”
Did Not Finish.
Dalam motorsport, maksudnya pelumba mula berlumba tetapi tak berjaya habiskan perlumbaan.
Kereta rosak ka.
Kemalangan ka.
Masalah teknikal ka.
Pendek kata:
Orang lain sampai garisan penamat.
Hang sampai bengkel. 💀
Cuma kalau nak jadi kaki nerd F1 sat, ada keadaan tertentu pemandu yang dah lengkap sekurang-kurangnya 90% jarak perlumbaan masih boleh diklasifikasikan dalam keputusan walaupun kereta tak sampai penghujung.
Haa.
Bang Aji bagitau awal-awal.
Dalam kes Formula 49 Bang Aji tadi…
Kereta belum siap.
Driver belum ada.
Duit dah habis.
Itu bukan Did Not Finish dah.
Itu Did Not Finance.
Sekian pengetahuan tak diminta daripada Bang Aji.
Rokiah, jangan Google Jerry Yan lagi.
Cukup-cukuplah throwback zaman henpon polifonik pusing-pusing tu Rokiah oiii