Ikatan Jurutera Muslim Malaysia

Ikatan Jurutera Muslim Malaysia Satu pertubuhan bukan kerajaan yang menyatukan jurutera-jurutera professional Muslim di Malaysia, yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Alhamdulillah. Program sulung I-Jurutera pada tahun 2023 sudah pun melabuhkan tirainya.Setinggi penghargaan dan jutaan t...
01/04/2023

Alhamdulillah. Program sulung I-Jurutera pada tahun 2023 sudah pun melabuhkan tirainya.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang melontar idea, berkongsi pandangan dan cadangan sepanjang program Konvensyen dan Majlis Berbuka Puasa STEER 2023 ini.

Banyak ilmu ,pengetahuan dan pengalaman yang dikongsikan untuk dijadikan bekal untuk semua peserta untuk menjayakan misi untuk ummah dan negara.

Insyaallah, berjumpa lagi kita di program dan aktiviti yang akan datang.


Sedang berlangsung Konvensyen & Majlis Berbuka Puasa STEER anjuran bersama I-Jurutera dan MINARET.
01/04/2023

Sedang berlangsung Konvensyen & Majlis Berbuka Puasa STEER anjuran bersama I-Jurutera dan MINARET.

Selesai sudah program pemukiman I-Jurutera yang berlangsung di Hotel Movenpick, Sepang pada 18hb Mac yang lalu.Perbincan...
19/03/2023

Selesai sudah program pemukiman I-Jurutera yang berlangsung di Hotel Movenpick, Sepang pada 18hb Mac yang lalu.

Perbincangan yang mendalam berkenaan halatuju, projek dan program sepanjang tahun 2023 dan projek jangka masa panjang telah dibincangkan.

Insyaallah, I-Jurutera juga akan bergerak lebih inklusif, untuk melibatkan lebih banyak professional dan pakar dari bidang kejuruteraan,sains dan teknologi.

Semoga segala perancangan akan berlangsung dengan lancar,dan memberi manfaat dalam pembangunan tamadun yang diidamkan.

Nantikan lebih banyak info projek dan program I-Jurutera selepas ini. Insyaallah.

09/04/2021
Dunia jurutera perlu berdepan dengan banyak cabaran. Antaranya, soal integriti. Tahniah Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Pu...
17/07/2020

Dunia jurutera perlu berdepan dengan banyak cabaran. Antaranya, soal integriti.

Tahniah Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) kerana memandang serius isu ini.

“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya” - Surah Al-Mu’minun, ayat 8.

Board of Engineers Malaysia
The Institution of Engineers Malaysia (IEM)

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang menyumbang kepada pembangunan negara, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia amat berpegang teguh kepada nilai integriti kakitangan dalam menyampaikan perkhidmatannya.

Sehubungan itu, sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai sebarang perbuatan salahlaku yang menyalahi etika/ integriti melibatkan kakitangan JKR, salurkan aduan tersebut secara rasmi ke Bahagian Integriti, JKR Malaysia.

KISAH WD40Pada tahun 1953, di dalam makmal kecil di San Diego, California, sebuah syarikat berasaskan kimia angkasa lepa...
16/05/2020

KISAH WD40
Pada tahun 1953, di dalam makmal kecil di San Diego, California, sebuah syarikat berasaskan kimia angkasa lepas dan pekerja berjumlah 3 orang, telah berikrar untuk membangunkan satu rantaian produk anti karat untuk kegunaan industri aero angkasa.
Setelah melakukan eksperimen dan formula sebanyak 39 kali, mereka telah berjaya menjumpai formula nyah air di dalam eksperimen kali ke 40.
WD adalah perkataan inggeris “Water Displacement” bermaksud nyah air.
Manakala 40 adalah kejayaan eksperimen mereka dengan formula yang ke-40.
Jadi WD-40 adalah nama yang diambil terus dalam buku rekod makmal mereka sebagai nama produk pelbagai fungsi itu.
Malah, eksperimen kali ke 40 itu memulakan satu empayar yang besar sehingga hari ini.
Selepas itu, ia digunakan oleh syarikat Convair, iaitu syarikat kontrak untuk melindungi kapal angkasa Atlas daripada karat dan hakisan.
Produk ini sangat bagus sehinggakan ada cerita ketika itu, ramai pekerja mencuri tin tersebut dan menyeludup keluar dalam beg-beg makanan mereka untuk digunakan di rumah.
Beberapa tahun kemudian, melakukan ujian untuk memasukkan bahan WD-40 ke dalam botol dan tin aerosol. Ujian tersebut berjaya dan ianya dikomersialkan dalam bentuk tin-tin aerosol.
Tanya sahaja sesiapa di rumah, pastinya mereka memerlukan WD-40 untuk apa sahaja kerja pembaikian. Malah kajian produk di Amerika Syarikat mendapati, setiap 4 daripada 5 rumah di sana, mempunyai WD-40 untuk kegunaan mereka.
Oh ya, WD-40 juga mempunyai pejabat rasmi di Malaysia untuk operasi asia khususnya.
Semoga menjadi inspirasi buat umat kita.
Dioleh daripada WD40company.com

15/05/2020

Para jurutera dan ahli teknikal sekalian.
Jom buru Lailatulqadar. Doakan umat ini akan lebih baik urusan mereka

17/01/2018

Gempak!!!

Hiburan hujung minggu.Kredit: Interesting Engineering
08/12/2017

Hiburan hujung minggu.

Kredit: Interesting Engineering

Address

Kompleks TH Sepang, Jalan Masjid KLIA, 64000
Bandar Baru Bangi
64000

Telephone

011 3303 1781

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Jurutera Muslim Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ikatan Jurutera Muslim Malaysia:

Share