29/10/2023
Posted β’ Ampuni kami ya Allah, bantulah saudara kami di sana ya Allah.. Kami rasa sangat sebak, hidup jadi tak tenang, rasa bersalah kerana jauh dari sana, dan hanya mampu berdoa dan menyumbang.
Bantu mereka ya Allah...π€²
Apa yang kita boleh buat di sini untuk bantu mereka?
1) Berdoa tanpa henti. Kalau boleh setiap kali lepas solat fardu, doakan mereka. Jika mampu, bangunlah solat tahajud dan doakan untuk mereka. Doa ketika tahajud sangat makbul.
2) Infaq bantu saudara kita disana. Setiap infaq sangat bermakna buat mereka. Carilah mana-mana NGO yang korang percaya untuk infaq.
3) Taubat pada Allah atas dosa-dosa kita. Jangan tunggu kita p**a kena serang, baru kita nak kembali pada Allah. Jom mulai hari ni, kita belajar tinggalkan dosa-dosa kita step by step kerana Allah.
Sebab boleh jadi disebabkan dosa kita, islam lambat menang.
4) Sebarkan kepada ahli keluarga, kawan-kawan, sekolah, tempat kerja dan lain-lain tentang isu saudara kita disana. Sebab hakikatnya ramai lagi yang tak tahu tentang apa yang terjadi di sana.
5) Buat dakwah, amar makruf nahi mungkar. Agar masyarakat kembali pada islam yang sebenar dan mengamalkan cara hidup islam.
Wallahua'lam.