14/03/2026
“Ada orang datang…”
Petang tadi saya dan anak-anak sempat singgah menziarahi nenek-nenek kesayangan kami di Mesra Home Ampang.
Kami bawa sedikit buah tangan, Serabai Kuah Durian, kuih kegemaran nenek-nenek di sini.
Bila sampai, wajah mereka terus ceria.
Ada yang senyum lebar, ada yang terus ajak duduk berbual.
Seorang nenek bersuara perlahan,
“Ada orang datang…”
Ayat itu ringkas, tapi cukup menyentuh hati.
Kadang mereka bukan tunggu makanan pun…
Yang mereka rindu sebenarnya orang datang bertanya khabar.
Anak-anak pun seronok dapat sama-sama hulur makanan kepada nenek-nenek.
Saya selalu pesan pada mereka,
kalau ada rezeki… jangan lupa berkongsi.
Kadang yang kecil bagi kita,
besar maknanya buat mereka.
Doakan nenek-nenek di Mesra Home Ampang sentiasa diberi kesihatan, ketenangan dan dilimpahi kasih sayang.