26/02/2014
Biro Hal Ehwal Wanita dan pembangunan Keluarga telah berjaya mengadakan mesyuarat yang pertama untuk tahun 2014.
Tahniah saya ucapkan kepada semua Ahli-Ahli Mesyuarat yang dapat hadir mesyuarat pada 25 Mac 2014 (kelmarin) bagi membincangkan program yang bakal dilaksanakan untuk tahun 2014
Pada tahun ini, biro wanita mensasarkan dan memfokuskan kepada program kemasyarakat terutama kepada pelajar-pelajar sekolah yang tersasar ke arah penagihan hidu gum,air daun ketum dan pergolakan keluarga yang boleh mendorong kepada penglibatan remaja ke kancah dadah.
Selain dari itu tumpuan akan diberikan kepada masalah kekeluargaan yang menekankan kepada perjumpaan bersama ibubapa remaja yang bermasalah.
bagi program yang terdekat satu lawatan ke Penjara Pokok Sena dan program Hidup Penuh Erti di kampung Berjaya.
Sasaran utama Biro Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga akan turun ke semua Daerah, menggerakkan kawan dan sahabat yang masih tidur dibuai mimpi indah, tersenyum dengan keindahan dan kemewahan dunia sedangkan sahabat lain, saudara lain menangis memohon simpati, merayu untuk dikasihani. Menangisi anak , saudara, sahabat yang terjebak dalam aktiviti yang membawa kehancuran pada diri, saudara, keluarga dan masyarakat. Dadah bukan jalan terakhir perjuangan kami tetapi apa saja , kami cuba membantu, mencegah, menghalang dan mendidik segala aktiviti yang menjerumus kepada dadah.
Berilah hati anda untuk orang lain,berilah sedikit ruang kepada hati-hati yang lain yang telah diduga Allah dengan ujian yang berat itu dan berilah dan doakan kami Wanita PEMADAM untuk diberi kekuatan ,kesihatan yang sihat dan baik agar kami terus dapat berbakti sekadar yang kami mampu. SesungguhNya Allah akan menguji HambaNya mengikut kemampuan seseorang. KITA hanyalah HAMBANYA dan KHALIFAHNYA di muka bumi ini. Maka jalankan tanggungjawab kita mengikut lunas yang dibenarkan .