PIBG SK Taman Awana

PIBG SK Taman Awana Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PIBG SK Taman Awana, Aman Central Mall, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, Kedah., Alor Setar.

22/03/2023
PELANCARAN SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN, SK TAMAN AWANA.Tarikh : 17 Ogos 2022Hari.   : RabuMasa. : 8:00 pagiTEMA : Pahlawan...
19/08/2022

PELANCARAN SEMARAK BULAN KEMERDEKAAN, SK TAMAN AWANA.

Tarikh : 17 Ogos 2022
Hari. : Rabu
Masa. : 8:00 pagi

TEMA : Pahlawan Melayu

# Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan sangat meriah dengan kerjasama semua.

# ♥️Awana DihatiKu♥️

Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Sekolah, SK Taman Awana. 1444H /2022Tarikh : 4 Ogos 2022Hari : KhamisMasa: 7.25 - 9.45 p...
05/08/2022

Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Sekolah, SK Taman Awana. 1444H /2022

Tarikh : 4 Ogos 2022
Hari : Khamis
Masa: 7.25 - 9.45 pagi
Tempat : Dewan Sri Pelangi, SK Taman Awana.

Anjuran : Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bersama SUMUR

🍁Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Abdullah bin Md Amin.
🍁Tajuk ceramah : "Hijrah Mengubah Diriku"

# Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kerjasama semua
# Awana DihatiKu

Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda 2022Telah berlangsung pada :Tarikh : 30 Jun 2022Hari : KhamisJam : 8:00 pagi⭐ Ta...
30/06/2022

Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Muda 2022

Telah berlangsung pada :

Tarikh : 30 Jun 2022
Hari : Khamis
Jam : 8:00 pagi

⭐ Tahniah diucapkan kepada Pemimpin Muda
PENGAWAS SEKOLAH, PRS dan PSS.

⭐ Semoga dapat menjalankan amanah dengan sebaiknya.

⭐ Alhamdulillah, Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SKTAw telah selesai dengan cemerlang.

Dirasmikan oleh:
TUAN HJ ZULKIFLI BIN GHOZALI
Ketua Penolong Pengarah PRA Sekolah dan Rendah
Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

♥️ TAHNIAH DIDIKKU SAYANG ♥️
♥️ SEDERAP KITA MEMBINA GENERASI ♥️
♥️ AWANA DIHATIKU ♥️

Guru adalah batin suci hati nurani,penjunjung budi manusia yang taqwa, obor hemah kehidupan bangsa.Selamat Meraikan Samb...
16/05/2021

Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi manusia yang taqwa,
obor hemah kehidupan bangsa.

Selamat Meraikan Sambutan Hari Guru Tahun 2020+1 Kali Ke 50 buat semua warga pendidik di Malaysia amnya, Kedah khasnya dan khususnya buat guru-guru di SK Taman Awana .

Selamat Hari Guru juga buat para waris yang akan kembali bertugas sebagai guru mulai esok. PdPR serata-rata.

Tanam pinang rapat-rapat,
Agar puyuh senang berlari,
Guru Awana semuanya hebat,
Moga terus diberkati dirahmati.

Sekian.

Admin Pencen.

Minnal Aidin Wal FaaizinSalam Aidilfitri buat semua waris, guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Awana.
14/05/2021

Minnal Aidin Wal Faaizin

Salam Aidilfitri buat semua waris, guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Awana.

SELAMAT HARI IBU 2021Ibu, Umi, Amma, Mama, Emak ialah panggilan yang pelbagai namun mereka satu disisi kita kecuali yang...
09/05/2021

SELAMAT HARI IBU 2021

Ibu, Umi, Amma, Mama, Emak ialah panggilan yang pelbagai namun mereka satu disisi kita kecuali yang punya lebih. Selamat Hari Ibu kepada seluruh ibu di Malaysia khususnya buat waris dan guru di SK Taman Awana. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu-bapa kita baik yang masih ada mahupun yang telah pergi meninggalkan kita.



Ramadhan Kareem buat semua guru, pelajar dan waris Sekolah Kebangsaan Taman Awana.
13/04/2021

Ramadhan Kareem buat semua guru, pelajar dan waris Sekolah Kebangsaan Taman Awana.

18/03/2021

7 NASIHAT BUAT PARA WARIS SEMPENA PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2021.

1. Jika terima, zahirkan rasa kesyukuran kerana kurniaan tersebut.

2. Jika terima, gunakanlah demi kemenjadian anak berkenaan. Jangan kalau anak dua orang dapat, Pak Long dok buat kebitaraan pi beli jersi Kedah Home dan Away. Mak Long p**a dengan dok atur Tat Belekkaren untuk raya.

3. Jika ingin berbelanja dengan wang BAP ini, belilah ikut keperluan, bukan kehendak. Biaq la anak Pak Maon pakai beg Smiggles, asai kita tak jadi smuggle.

4. Jika semua kelengkapan telah terbeli, jadikan BAP ini sebagai tabungan anak. Simpan dalam akaun, bukan dalam beg tembakau.

5. Jika ingin guna dan ingin simpan, amalkan konsep suku-suku-separuh. Suku untuk belanja, suku untuk simpan, separuh untuk akademik. Jangan suku itu dibiar jadi tiga.

6. Jika telah terterima, namun berasa tidak layak terima, jadikan ianya wakaf atau sedekah. Kongsi dengan yang memerlukan. Ini yang mulia.

7. Jika tidak terima, tapi merasa berhak terima percayalah sesungguhnya tuhan maha mengetahui. Pasti akan digantikan dengan rezeki yang lebih baik tanpa kita sedari.

Itu sahaja coretan adminah. Akhir kata :

Anak pipit jangan tak dihirau,
Gusar esok ke sarang si rimau,
Anak didik harusnya dirisau,
Gusar esok engkau yang dipisau.

Sekian, terima kasih.

Yang benar ,
Adminah Team Kak Nab Bang Li, Peluang Terakhir.

PEMEGANG TARUH TEMBOK AWANABersempena cuti umum hari ini, PIBG SKTAw mencuri kesempatan menyantuni saf pengawal keselama...
11/03/2021

PEMEGANG TARUH TEMBOK AWANA

Bersempena cuti umum hari ini, PIBG SKTAw mencuri kesempatan menyantuni saf pengawal keselamatan sekolah yang sedang bertugas di kala sebahagian besar kita sedang bercuti. Sedikit kudapan disampaikan sebagai cebisan ingatan.

Pengawal keselamatan tidak wajar di pandang rendah. Mereka adalah sebahagian daripada formasi dan perancangan sekolah khususnya dalam mengawal laluan menurunkan dan mengambil pelajar ke sekolah.

Justeru, baik waris mahupun guru, santunilah mereka dan didiklah anak-anak kita menghormati mereka. Mereka juga ada seribu satu rasa yang dipendam dan tak terkongsi, sama seperti kita . Bagi yang belum mengenali, diperkenalkan saf pengawal keselamatan SK Taman Awana, Abang Azlan, Abang Iyan, Kak Juwita dan Kak Ruhila.

Sekian.

Admin Akim.



Selamat Kembali Ke Jabatan Pendidikan Negeri Kedah buat Tuan Haji Rozaini bin Haji Ahmad.
27/02/2021

Selamat Kembali Ke Jabatan Pendidikan Negeri Kedah buat Tuan Haji Rozaini bin Haji Ahmad.

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.Warga PIBG SK Taman Awana mewakili waris, guru serta pelajar merakamkan sekalun...
25/02/2021

TERIMA KASIH. TERIMA KASIH. TERIMA KASIH.

Warga PIBG SK Taman Awana mewakili waris, guru serta pelajar merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ustazah Norzaim binti Hashim serta Puan Kasira binti Kamis di atas khidmat cemerlang sepanjang bermukim di SK Taman Awana.

Semoga khidmat bakti yang cemerlang serta budi yang tidak terbalas ini diangkat menjadi catatan kebaikan bertemu-Nya kelak. Sumbangan kedua-dua guru sepanjang di Sekolah Kebangsaan Taman Awana amatlah luar biasa.

Untuk makluman, kedua-dua guru berkenaan telah berpindah ke daerah Kubang Pasu. Ustazah Norzaim ke Sekolah Kebangsaan Hosba manakala Puan Kasira ke SK Bukit Tinggi, Kedah.

Selamat berkelana di tempat baharu..

Tahniah. Tahniah. Tahniah.

Address

Aman Central Mall, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, Kedah.
Alor Setar
05100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Taman Awana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share