03/04/2016
Bekerja di KLIA2 ada 1 kerja yang sgt mencabar mental dan emosi.permit kerja yang hanya keluar dari jam 12pm hingga 5am adalah sgt menguji mental.
Pas kerja hanya boleh diambil tepat jam 1201am.dan mula sesi mengambil nombor dan beratur dengan kontraktor yang lain.masa diambil lebih kurang 20minit.
Setelah pas diambil bermula perjalanan yg panjang untuk ke site dipintu PERLEPASAN.kami perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 2km dan perlu beratur untuk melepasi 2 pemeriksaan polis.kalau ramai orang memang menguji sifat sabar yang tinggi. Selalunye mengharapkan BUGGIE yg lalu untuk ditumpang tapi kebanyakkan BUGGIE yg ade penuh utk warga tua dan oku..
Tepat jam 1am barulah perjalanan kami sampai di site selepas 40minit berjalan kaki memikul tools dan barang2 lain.dan ada 4 jam sahaja untuk bekerja.
Alhamdulillah selepas 2 bulan selesailah kerja kami di KLIA2.. pengalaman yang tak akan kami lupakan bekerja ditempat yang penuh undang2 yang sangat ketat.alhamdulillah dengan kesabaran dan cara kerja yg cemerlang , kami menyiapkan dengan jayanya..
Next time saya cerita pulak mcm mane susahnye nak masukkan barang2 mentah untuk kerja ke dalam site.
Salute dengan penguatkuasaan KLIA2. Jujur ,tegas dan berintegriti. Tidak mudah melepaskan sesuatu barang itu masuk ke dalam KLIA2 sesuka hati. Jika mereka kata TIDAK bermaksud TIDAK.
SALUTE!!!!!